Hari ni saya nak kongsi sedikit pendapat tentang keadaan iklim bolasepak negara.. Memang seperti yang kita ketahui keterumbang-ambingan pasukan kebangsaan kita menyebabkan ianya menjadi isu hangat bagi peminat bola.. Mungkin ramai yang kecewa lebih-lebih lagi alasan demi alasan diberikan oleh pihak berkaitan.. Fokus kepada perlawanan ketika menentang UAE yang memberikan kita pembolosan gol sebanyak 5 berbalas 0…
Tiada apa yang boleh dibanggakan..Memang amat menyedihkan tetapi ‘pembalingan botol mineral ‘ oleh peminat tidak sepatutnya berlaku.. Marah sekalipun ia tidak bermakna untuk melakukan perbuatan yang memberikan implikasi buruk kepada negara kita.
Jurulatih negara, B. Stahianathan memberikan alasan tahap kecergasan pemain di tahap antarabangsa.. Secara jujurnya saya setuju dengan pendapat beliau.. Stamina pemain kita terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pemain antarabangsa.. Sebab itu kebanyakan pemain kita yang mencuba di Liga luar tidak berapa berjaya…
Pada saya yang memang kaki bangku ni..dan x tau main bola ni Rasanya pemain kita perlu berdikari.. Jika inginkan cabaran umur muda perlu melangkah ke negara yang hebat dalam bolasepak.. Cuba lihat pemain-pemain Afrika yang berjaya ke tahap yang tinggi.. Kebanyakan bermula dari sekolah-sekolah bolasepak hebat di Perancis , Belanda dan sebagainya..
Selain itu mungkin juga sekolah bolasepak negara boleh dibuka kepada orang luar.. Ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada rakyat tempatan.
Cerita pasal tahap kecergasan, mungkin alternatif terbaik ialah pemain perlu lebih banyak melakukan latihan fizikal berbanding berlatih skil.. Mungkin kaedah komando dapat diterapkan bagi memberikan kekuatan kepada mereka terutamanya dari fizikal. Cuba kita lihat antara pemain kita dan UAE, macam lawan bawah 21 je..
Memang banyak yang memberi ulasan.. Malahan ada yang suruh bubarkan , saya tak setuju kerana ianya menunjukkan bahawa kita telah kalah terus.. Kita kena berusaha juga untuk membuktikan pasukan bolasepak kita ada mutunya.. Mesti mencari jalan penyelesaiannya.. Diharap ada pembaharuan dan mungkin tahun ni ranking negara boleh menurun ke 20 anak tangga.. Er boleh ke??? Masing-masing pikirlah..
susahlah nak cakap tapi sedih sangat the last time masa menang pesta bola nmerdeka ingat dah okey sikit tapi sukan malaysia lah x kira bola ke , badminton ke kecuali skuash lah kot menangnya hebat sekali jer kalahnya hebat also 873 kali . last time skuad negara bwh bimbingan allan harris time indraputra , akmal rizal, hiruddin omar tgh gah time was ok lah but now hai x taulah nak kata x dpt elaun main ngan skuad negara FAM dah bagi byk. tapi as far as i'm concern prestasi skuad negara ada kaintan dgn liga bola sepal malaysia secara keseluruhan maksudnya memandangkan prestasi skuad kbangsaan adalah sengal maka mcm tur lah perjalanan liga malaysia as a whole... x tau salah siapa tapi sebagai peminat bola sepak msia rasa sedih sgt dgn prestasi msia.
lihatlah dibwh ini harapan negara x taulah buleh harap ke harap rupa jer ...


