Wednesday, January 28, 2009

MALAYSIA DAN BOLA SEPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya nak kongsi sedikit pendapat tentang keadaan iklim bolasepak negara.. Memang seperti yang kita ketahui keterumbang-ambingan pasukan kebangsaan kita menyebabkan ianya menjadi isu hangat bagi peminat bola.. Mungkin ramai yang kecewa lebih-lebih lagi alasan demi alasan diberikan oleh pihak berkaitan.. Fokus kepada perlawanan ketika menentang UAE yang memberikan kita pembolosan gol sebanyak 5 berbalas 0…

Tiada apa yang boleh dibanggakan..Memang amat menyedihkan tetapi ‘pembalingan botol mineral ‘ oleh peminat tidak sepatutnya berlaku.. Marah sekalipun ia tidak bermakna untuk melakukan perbuatan yang memberikan implikasi buruk kepada negara kita.

Jurulatih negara, B. Stahianathan memberikan alasan tahap kecergasan pemain di tahap antarabangsa.. Secara jujurnya saya setuju dengan pendapat beliau.. Stamina pemain kita terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pemain antarabangsa.. Sebab itu kebanyakan pemain kita yang mencuba di Liga luar tidak berapa berjaya…

Pada saya yang memang kaki bangku ni..dan x tau main bola ni Rasanya pemain kita perlu berdikari.. Jika inginkan cabaran umur muda perlu melangkah ke negara yang hebat dalam bolasepak.. Cuba lihat pemain-pemain Afrika yang berjaya ke tahap yang tinggi.. Kebanyakan bermula dari sekolah-sekolah bolasepak hebat di Perancis , Belanda dan sebagainya..
Selain itu mungkin juga sekolah bolasepak negara boleh dibuka kepada orang luar.. Ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada rakyat tempatan.

Cerita pasal tahap kecergasan, mungkin alternatif terbaik ialah pemain perlu lebih banyak melakukan latihan fizikal berbanding berlatih skil.. Mungkin kaedah komando dapat diterapkan bagi memberikan kekuatan kepada mereka terutamanya dari fizikal. Cuba kita lihat antara pemain kita dan UAE, macam lawan bawah 21 je..

Memang banyak yang memberi ulasan.. Malahan ada yang suruh bubarkan , saya tak setuju kerana ianya menunjukkan bahawa kita telah kalah terus.. Kita kena berusaha juga untuk membuktikan pasukan bolasepak kita ada mutunya.. Mesti mencari jalan penyelesaiannya.. Diharap ada pembaharuan dan mungkin tahun ni ranking negara boleh menurun ke 20 anak tangga.. Er boleh ke??? Masing-masing pikirlah..

susahlah nak cakap tapi sedih sangat the last time masa menang pesta bola nmerdeka ingat dah okey sikit tapi sukan malaysia lah x kira bola ke , badminton ke kecuali skuash lah kot menangnya hebat sekali jer kalahnya hebat also 873 kali . last time skuad negara bwh bimbingan allan harris time indraputra , akmal rizal, hiruddin omar tgh gah time was ok lah but now hai x taulah nak kata x dpt elaun main ngan skuad negara FAM dah bagi byk. tapi as far as i'm concern prestasi skuad negara ada kaintan dgn liga bola sepal malaysia secara keseluruhan maksudnya memandangkan prestasi skuad kbangsaan adalah sengal maka mcm tur lah perjalanan liga malaysia as a whole... x tau salah siapa tapi sebagai peminat bola sepak msia rasa sedih sgt dgn prestasi msia.

lihatlah dibwh ini harapan negara x taulah buleh harap ke harap rupa jer ...







6 comments:

~Maz + Rin~ (",) said...

uol ni kan elok jd pengacara sukan wanita ujung2 minggu laa...

sesuwai sgt la duk area bangi kwsn umah aku...ari tu beli telur siap diri sebelah Rudy Ramli pun aku wat toye je.. (bkn toye, tapi xkenal!!!) hahahahahha...

siap kuar duit kt bank, belakang aku pemain bola sepak zmn bile ntah..namanyer pun aku dh luper.. (ni pun hubby aku yg inform, kalu ikut aku haram xkenal uol..)

huhuhuhu.... moga2 naufal leh main bola sepak beso2 nnti uol...main kt school pun xpe..sure ibu die turun pdg kasi support nyerr..hehehehehe

~Maz + Rin~ (",) said...

lupe lak..indra putra tu muka mcm pecah umah..tapi bini cun gilerrr tu....hehehhe..

haa.aku ingat dh sape pemain bola sepak tu, Amri Yahya...menantu Satim Diman. hahahhaha..dulu bwk Mitsubishi Airtrek, skang aku tgk bwk Kelisa...lagi sorang Akmal Rizal..hehehe...

kalau laki aku xcuit aku bgtau..mati2 aku ingat mamat jual burger ke apa ntah kejenyer...idak ku sangka2 pemain bola sepak profesional (liga malaysia je laa..)

ada aura kot yek pemain bola sepak ni..psl die Amri Yahya ngan Akmal Rizal siap nod and angkat tgn kt hubby aku..ke die ingat laki aku KJ? hahahaha..tidaakkk..khalid jamlus main kelantan uol..huhuhuhu

~Maz + Rin~ (",) said...

hem also kaki bangku...cuma aku pun secara ikhlas nak ckp yg statement coach kebangsaan kita tu betul..

struktur fizikal pun memainkan peranan..kalau katek mcm mana nak score uol..even nk defend pun susah..sekali kena hayun ngan yg beso2..terjelepuk jatuh...

cuma uol..kita nntikan kepulangan keling brickfield tu uol..Titus James Palani..hebat sgt kahhhh seperti yg digembar-gemburkan...???

ogy said...

uols grand skall lazatnya amri yahya uols dah jumpa, akmal rizal bestnyer uols jeles nya wahhh zaman gila footballer msia dah berlalu kalo dulu sanggup lah turun padang nak jumper indra putra la ni x der kesempatan dah tapi tetap gak nak ikuti sbb rasa bsalah bila sokong MU giler2 tapi luper pemain msia tapi tgklah camner nak sokong main pun ruper budak sekolah lebih baik ko antar jer team sekolah sukan bukit jalil puas hati...haah lah uols hubby uols mmg ada iras khalid jamlus leh mintak otograf tak?

Kak M said...

Pn. Maz Berkonsep Batik nie gila kuasa ke sampai 3 komen serentak? Over! Anyway yang aku tengok pemain Malaysia nie kebanyakannya mengharapkan paras rupa jer... muka semuanya muka majalah... Syed Adney tu lagi satu... muka jer lawa performance lagi hampeh daripada Helmi Eliza tu... x pandai tangkap bola...

ogy said...

tapi kan cik hazel, asal pemain omputih/pemain luar negara mukanya hensem mainnya also bagus such as kaka, beckham, nistelroy,ronaldo so saper nak jawab??